SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS

Jumaat, 20 April 2012

"MASKING TAPE" PUNCA PESERTA KURSUS KEPIMPINAN PERSADA MENJADI BISU...


TAKLIMAT OLEH PENGURUS KEM BINA NEGARA SAMPADI

Sekretariat Permuafakatan Siswa/I FELDA (PERSADA) UNIMAS telah mengadakan program Kursus Kepimpinan PERSADA UNIMAS (KKPU) 2012 pada 10 hingga 12 April 2012 di Kem Bina Negara Sampadi. Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta daripada Generasi FELDA dan 25 orang lagi daripada bukan    Generasi FELDA menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah 65 orang. Kesemua peserta merupakan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 

TEKUN......
 Objektif program ini dijalankan adalah untuk melahirkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Selain itu, program ini juga menggilap kemahiran insaniah pelajar dari segi pengetahuan, komunikasi, dan sosial disamping menjadikan pelajar mampu memberikan daya saing serta mencapai profesionalisme yang tinggi.



Kesemua peserta selamat sampai ke Kem Bina Negara Sampadi pada jam 11.30 pagi dan program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh En Syafie selaku Pengurus Kem Bina Negara Sampadi. Setelah selesai taklimat yang serba ringkas oleh pihak kem, aktiviti pertama yang telah dijalankan ialah "Pecah Ruyung" di mana para peserta dikehendaki melukis wajah mereka menggunakan tangan yang tidak biasa digunakan. Seterusnya gambar tersebut dilekatkan pada belakang badan setiap peserta yang lain dan mereka dikehendaki mencari semula gambar asal mereka Pada waktu ini, jelas kelihatan gelagat para peserta yang agak lucu dan mencuit hati dimana mereka berebut-rebut mencari gambar asal yang telah dilukiskan.
CANTIK X SAYA??
SAMA X MACAM SAYA?? 
GADIS MELAYU...






Selepas Solat Zohor aktiviti diteruskan dengan berteraskan Modul Komunikasi. Para peserta diminta untuk melukis berdasarkan arahan yang telah diberikan kepada peserta di hadapan. Pada masa yang sama mulut mereka telah di tampal dengan "masking tape". Peserta kedua harus melukiskan apa yang telah dilukis oleh peserta pertama & pergerakan ini diteruskan sehingga peserta yang terakhir. Kesian melihat wajah mereka kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan namun terbatas dek kerana "MASKING TAPE". ^_^
MANA GAMBAR AKU!!!!!!!!!!!

MACAM BERATUR NAK MASUK KELAS WAKTU SEKOLAH RENDAH DULU

GATAL LA PIPI SAYA...


SAYA BISU!!!!

KIRI.. KANAN.. KIRI... KANAN...

DIA MENARI KE TU??

ISHHHH BUAYA KE APE YERK MEMBER AKU LUKIS TADI

WAH AYAM KE APE NI?? HEHEHEHE

HANYA MAMPU TERSENYUM

APA YANG SAYA LUKIS NI???

UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SELANJUTNYA SILA KLIK ALBUM DI BAWAH INI :-
ALBUM 4


"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh orang terhadap kesilapan mereka"

Rabu, 18 April 2012

RUMAH ANAK YATIM KENA SERBU???


Sesi bersama kanak-kanak yang meriah...
        Suasana pagi yang tenang telah dikejutkan dengan kehadiran 60 orang peserta menyerbu masuk ke dalam perkarangan Kompleks Kebajikan Laila Taib, Sarawak. Keadaan bertambah riuh rendah apabila adik-adik di kompleks tersebut agak terkejut dengan kehadiran peserta-peserta Program Kembara PERSADA Prihatin yang tidak tahu akan kedatangan kami pada hari tersebut.     Program pada hari tersebut telah dimulakan dengan pembahagian para peserta kepada 4 kumpulan utama yang terdiri daripada rakan pengajar, gotong-royong mengemas serta menghias dewan utama dan makan, masakan serta gotong-royong menyediakan sebuah perpustakaan di kompleks tersebut.

Saya suke!!!!

Bagi kumpulan yang telah ditanggungjawabkan sebagai rakan pengajar telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator kepada anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib. Setiap peserta yang menjadi rakan pengajar akan mengajar subjek matapelajaran di sekolah dan juga akan mengajar taranum serta cara-cara ibadah kepada kanak-kanak yang masih bersekolah rendah.


      Peserta yang telah dibahagikan kepada kumpulan yang bergotong-royong pula bertanggungjawab untuk  memindahkan peralatan dan semua buku ke perpustakaan baru yang telah dibina. Kebanyakannya, para peserta lelaki sahaja yang terlibat dalan gotong-royong perpustakaan yang memerlukan banyak tenaga untuk menyiapkan perpustakaan tersebut.

Lena adik ni kat pangkuan akak ^_^

 

Beberapa orang peserta yang lain pula membantu dalam menyediakan menu makan tengah hari. Menu yang telah berjaya disediakan ialah nasi putih, ikan bawal masak merah, ayam pansuh, rebung masak lemak, ulam-ulaman, sambal belacan dan pencuci mulut.    


Azan.....

Pandai adik2 ni mengaji

Hebat abg ni masak "Ayam Pansoh"

Majlis penutup....
 Majlis penutup pada hari tersebut  telah disempurnakan oleh Encik Nor Hisyam Bin Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak yang juga merupakan Penasihat Sekretariat PERSADA UNIMAS. Beliau sempat memberikan sedikit ucapan dan nasihat terutamanya kepada adik-adik yang telah kehilangan ibu bapa tentang kepentingan menuntut ilmu bagi menjadikan kita sebagai seorang insan yang berguna. Beliau juga berharap agar adik-adik tidak lupa akan tempat yang membesarkan mereka iaitu Kompleks Kebajikan Laila Taib tersebut & mengharapkan mereka akan pulang melawat apabila telah berjaya suatu hari nanti........
InsyaAllah ^_^



Terima Kasih semua!!!!


UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SELANJUTNYA SILA KLIK ALBUM DI BAWAH INI :-
ALBUM 1
ALBUM 2

"Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"

Ahad, 1 April 2012

KURSUS KEPIMPINAN CETUSAN PERSADA PROFESIONAL

Assalammualaikum W.B.T
Program datang lagi!!!!!

Kebiasaannya kita selalu sertai program yang bersuka ria je kan... Apa kata kali ni kita join program yang dapat membina kepimpinan dan fasilitator.
Masa tu baru kita dapat tahu sejauh mana tahap kepimpinan dalam diri kita kan.

Pertama sekali nak cakap yang program kita lakukan ini bukan dikelolakan oleh Biro Tata Negara. Kita hanya menggunakan tempat mereka dan program ini akan dikelolakan oleh pihak Sekretariat PERSADA UNIMAS sendiri.
Untuk makluman, program ini diwajibkan kepada semua Gen-FELDA yang belajar di UNIMAS (WAJIB) dan sekiranya pelajar tahun 2 dan ke atas hendak sertai adalah digalakkan.

Maklumat program adalah seperti berikut :-

     PROGRAM :- KURSUS KEPIMPINAN SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS
                            ''CETUSAN PERSADA PROFESIONAL"
     TARIKH      :- 10 - 12 APRIL 2012
     TEMPAT     :- KEM BIRO TATA NEGARA SAMPADI, SARAWAK.

Besarlah harapan kami untuk memberi & mencurahkan ilmu pengetahuan kami kepada anada semua terutamanya kepada pelajar yang wajib hadir iaitu pelajar tahun 1.

Kepada semua pelajar yang akan menyertai program tersebut sila isi borang yang disediakan di bawah ini.

Mohon sebarkan kepada rakan2 lain yang mungkin mempunyai kekangan untuk mengetahui maklumat program ini. Sila sebarkan...

Sekian terima kasih.

"Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu"



Isnin, 12 Mac 2012

PROGRAM KEMBARA PERSADA PRIHATIN


Assalamualaikum W.B.T
Program lagi!!!!!

Program KEMBARA PERSADA PRIHATIN 2012 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-

TARIKH :- 24 MAC 2012
HARI :- SABTU
MASA :- 07:00 PAGI
TEMPAT :- LEMBAGA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM SARAWAK,
                    KOMPLEKS LAILA TAIB

Kepada yyang ingin menyertai, sila isi borang yang telah disediakan dibawah ini.
Sila pastikan anda betul2 ingin menyertai dan tidak akan menarik diri di saat akhir sebelum mengisi borang tersebut bagi mengelakkan kekeliruan & urusan perjalanan program.

Sila sebarkan perkara ini kepada rakan-rakan SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS yang mungkin mempunyai kekangan waktu tidak dapat melayari internet.

Sekian, terima kasih.

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"


Khamis, 15 Disember 2011

PROGRAM HARI KELUARGA PERSADA UNIMAS 2011


Seawal jam 7.30 pagi lagi, ahli-ahli Sekretariat PERSADA UNIMAS telah berkumpul di Bangunan Hal- Ehwal Pelajar UNIMAS dan bertolak pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki 2 buah bas. Perjalanan ke Pantai Puteri mengambil masa selama 45 minit. Seramai 100 orang ahli PERSADA UNIMAS telah  menyertai program Hari Keluarga ini. 






Aktiviti terpaksa dimulakan pada jam 10.00 pagi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Program dimulakan dengan acara sukaneka.  Antaranya, aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka seperti membawa bola pingpong menggunakan sudu, baling belon yang berisi air dan telur, larian kingkong, tiup belon sampai pecah dan sebagainya. 








Sukaneka diberhentikan seketika untuk menyambut kedatangan Datuk Azman bersama 30 ahli-ahli konvoi beliau. Selepas itu, acara khas turut diadakan dengan melibatkan tetamu khas Datuk Azman dan ahli-ahli konvoi "Kuching Samarahan Bikers Club" beliau iaitu dalam acara membawa bola pingpong menggunakan sudu. 










Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan bacaan doa, kemudian disusuli dengan ucapan daripada Datuk Azman. Hadiah diberikan kepada setiap kumpulan dan disampaikan oleh Datuk Azman sendiri. Majlis diakihiri dengan jamuan makan tengahari dan diikuti dengan sesi bergambar. Setelah berkemas, kami bertolak pulang ke UNIMAS pada jam 4.00 petang.













Terima kasih buat semua.. Anda memang "sporting" habis la geng :-) 


UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SELANJUTNYA SILA KLIK ALBUM DI BAWAH INI :-

ALBUM 1
~ ALBUM 2


Sabtu, 10 Disember 2011

PROGRAM PERSADA BERSAMA PEMIMPIN



Salam permuafakatan...

Sebanyak 100 tempat disediakan kpda mahasiswa UNIMAS yg bukan ahli PERSADA & 100 tempat lagi kpda ahli PERSADA untuk program "Pemimpin bersama PERSADA".
Kami ingin menjemput rakan-rakan mahasiswa sekalian utk bersama-sama memeriahkan program.

Program kali ini lebih berkonsepkan santai dan anda boleh menyuarakan pandangan serta bertanyakan soalan terutamanya berkenaan FELDA. InsyaAllah, Program akn dihadiri oleh Datuk Ahmad Maslan- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Isa Samad- Pengerusi FELDA & Datuk Ehsanudin- Pengarah SERANTA FELDA.

PROGRAM AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT:-
                                            TARIKH  :- 14 DISEMBER 2011 (RABU)
                                            MASA    :- 7.30 - 11.30 MALAM
                                            TEMPAT :- BILIK AKTIVITI PELAJAR,
                                                            TINGKAT G,
                                                            BANGUNAN HAL EHWAL PELAJAR UNIMAS.

Bas tambahan utk operasi lewat malam akan disediakan pada malam tersebut.

Sekiranya berminat sila isi borang Pra-Pendaftaran di bawah ini.

P/s= Mohon hebahkan kpda rakan2 mahasiswa yang lain.

Terima Kasih.

"Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan"

SILA ISI BORANG PRA-PENDAFTARAN DIBAWAH INI:-
KLIK DISINI UNTUK MENDAFTAR





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...