SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS: PROFIL

PROFIL

SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA/ SISWI FELDA (PERSADA)
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK


Permuafakatan Siswa/i FELDA (PERSADA) merupakan aspirasi dan cetusan idea daripada YAB. Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Matlamat utama diwujudkan PERSADA adalah untuk melahirkan mahasiswa/mahasiswi FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di rancangan membangunkan FELDA.

Justeru, SERANTA (FELDA) di Jabatan Perdana Menteri diberi mandat dan tanggungjawab oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak untuk merealisasikan hasrat murni tersebut. Tepat sebagaimana maksud SERANTA (FELDA) iaitu sebagai medium penghubung, perantara, penyampai dan pemudahcara antara Kerajaan/ FELDA dengan warga FELDA.

Kini,  kesemua 20 IPTA sudah menubuhkan PERSADA di universiti masing-masing termasuklah Universiti Malaysia Sarawak.


MATLAMAT
Menjadi satu wadah untuk mahasiswa FELDA berinteraksi bagi menyalurkan suara mereka kepada pihak universiti, kerajaan dan FELDA demi menjaga kebajikan masyarakat FELDA.

Menyediakan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan bagi mengembangkan bakat kepemimpinan serta mendedahkan diri dengan perkembangan semasa negara bagi melahirkan mahasiswa FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di tanah rancangan membangunkan FELDA.

Berganding bahu dengan semua pihak dalam merealisasikan misi dan visi universiti, kerajaan dan FELDA.


OBJEKTIF
>Mendengar dan mengenalpasti permasalahan masyarakat FELDA terutama dikalangan mahasiswa.

>Mengutarakan isu-isu mahasiswa FELDA dan mencadangkan penyelesaiannya kepada pihak yang berwajib.

>Menghubungkan komuniti di universiti dengan masyarakat FELDA di tanah rancangan.

>Menerapkan nilai-nilai murni dan sifat kepimpinan kepada mahasiswa FELDA dalam mengorganisasikan setiap aktiviti.


IKRAR PERSADA
Bahawasanya kami;
Ahli PERSADA Malaysia,
Beriltizam dan berjanji setia,
Menyumbang bakti dan usaha,
Membangun dan membela,
Amanah warisan pusaka,
FELDA dan warganya,
Ke arah mencapai hasrat dan wawasan negara,
Merealisasi gagasan Aspirasi FELDA Glokal yang mulia,
Untuk memartabat FELDA di persada dunia.

Kami;
Dengan penuh sedar dan memahami,
Rasional dan bijaksana,
Bertindak atas keutamaan & prinsip tertera,
Menjunjung Semangat Rukun Negara,
Mendukung Konsep 1 Malaysia,
Pintar bermasyarakat, membudayakan ilmu dan berakhlak mulia,
Keharmonian dan kemakmuran FELDA diutama,
Demi agama, bangsa dan negara.


ZON PERSADA
Zon A :-
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Zon B :-
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Zon C :-
Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Zon D :-
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Zon E :-
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Comments
0 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...