SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS: April 2012

Isnin, 30 April 2012

BORANG PRA-PENDAFTARAN PROGRAM BULAN MEI & JUN

Assalamualaikum W.B.T
Program Khas untuk rakan-rakan!!!!!!!!!!!!!!!!!

InsyaAllah, pihak SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS akan menganjurkan 2 program seperti di bawah ini....



1) Program Melestarikan Mahasiswa FELDA PERSADA UNIMAS akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-

                 TARIKH : 11 - 13 MEI  2012
                 HARI   : JUMAAT - AHAD
                 MASA   : 05.00 PETANG
                 TEMPAT : SANTUBONG GOLF CLUB



2) Program Bakti Siswa PERSADA UNIMAS akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-

                 TARIKH : 27 JUN - 5 JULAI 2012
                 HARI   : RABU - JUMAAT ( 9 HARI )
                 MASA   : 07.00 PAGI
                 TEMPAT : MIRI, BRUNEI, KOTA KINABALU, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,  TAWAU,
                                  FELDA UMAS - UMAS

Kepada yang ingin menyertai, sila isi borang yang telah disediakan di bawah ini.
Sila pastikan anda betul-betul ingin menyertai dan tidak akan menarik diri di saat akhir sebelum mengisi borang tersebut, bagi mengelakkan kekeliruan & urusan perjalanan program.

Kepada yang telah mengisi, sila hadir pada perjumpaan (WAJIB) yang akan diadakan mengikut pengumuman di "FACEBOOK SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS"
LINK FACEBOOK - FACEBOOK SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS

Sila sebarkan perkara ini kepada rakan-rakan PERSADA yang mungkin mempunyai kekangan waktu tidak dapat melayari internet.


#### - Untuk perhatian, bagi program No 2 Bakti Siswa di Sabah, penialaian peserta akan di buat oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS berdasarkan komitmen dan jasa yang banyak di berikan sepanjang tahun.



Untuk mendaftar sila klik pada link yang disediakan di bawah ini :-

1 ~ BORANG PRA-PENDAFTARAN PROGRAM MELESTARIKAN MAHASISWA FELDA

2 ~ BORANG PRA- PENDAFTARAN PROGRAM BAKTI SISWA PERSADA UNIMAS


Sekian, Terima Kasih.

~Yang menjalankan tugas~


''Semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak" 



Sabtu, 21 April 2012

PESERTA KURSUS DIPERDAYA LEMBU MENGANDUNG & KISAH DADU GERGASI???

KAMI SEMUA HAPPY!!!
Angin yang bertiup pada petang hari pertama KKPU telah membawa ombak yang menghempas-hempas pantai bersebelahan kem. Bertempat di pantai yang berada di sebelah kem, aktiviti sebelah petang  diteruskan dengan bermain permainan yang dinamakan "DADU GERGASI". Mesti rakan-rakan semua terkejut bila tengok sebijik dadu yang besar macam gambar ni. Setiap kumpulan akan melontarkan dadu dan sekiranya mereka mendapat nombor
SAYA ADA DADU.. KAU ADA!!!
genap mereka akan melangkah kehadapan mengikut jumlah yanag tertera pada dadu dan sebaliknya akan berundur kebelakang sekiranya nombor ganjil. 

MACAM BERAT JERKKK

KIRI..KANAN..KIRI...

NAH AMEKKKK!!

KOYAK LA BAJU AKU!!!

AKU HARUS BERJAYA!!!!!

NAK AIRRRRRRR.....

X KOYAK SELUAR KE ABG??
 Walaupun jelas kelihatan wajah mereka amat seronok dengan permainan tersebut, namun sesuatu yang tidak disangka-sangka telah berlaku terhadap peserta KKPU pada sebelah malam di mana mereka telah diperdaya dengan lembu mengandung.

LEMBU MENGANDUNG????


HAHAHHAHAH... Macam pelik je bunyi "Lembu Mengandung" kan.
Bukan lembu mengandung yang memperdayakan mereka, tetapi soalan uji minda di dalam modul "Kemahiran Berfikir Secara Kreatif & Kritis" yang telah menguji para peserta KKPU.

Setiap peserta di uji dengan batang mancis yang disusun mengikut bentuk-bentuk tertentu dan menjadikan kepada satu bentuk yang baru. Dalam modul ini, jelas menunjukkan semangat kerjasama peserta dalam kumpulan terbentuk untuk menyelesaikan soalan-soalan uji minda yang telah diberikan. Jelas terpancar semangat untuk menyelesaikan uji minda ini terlakar di wajah rakan-rakan peserta KKPU. Mereka menggunakan pelbagai cara yang kreatif untuk mendapatkan jawapan yang sebenar.




KONPIUS???


SAMPAI TULIS DI KERTAS AKAK NI

GELAGAT PESERTA MENYEMPURNAKAN TUGAS YANG DUBERIKAN

MACAM MANE NI??

YEHHHH!!! SAYA DAOPAT DUIT BARU!!!

Tadi ada citer tentang lembu mengandung kan. Jadi ini lah uji minda lembu tersebut. "Jasikan seekor lembu seperti di bawah ini kepada 2 ekor". Hah, jawab-jawab..... Walaupun ramai yang agak terkilan dengan jawapan yang diberikan namun, itulah realiti kenyataan jawapan uji minda tersebut. ^_*

HILANG KAKI LEMBU 2

Walau apa pun, TAHNIAH kepada peserta kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya, kekreatifan itu datang dari dalam diri serta usaha anda sendiri ^_^



UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SELANJUTNYA SILA KLIK ALBUM DI BAWAH INI :-


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya"

Jumaat, 20 April 2012

"MASKING TAPE" PUNCA PESERTA KURSUS KEPIMPINAN PERSADA MENJADI BISU...


TAKLIMAT OLEH PENGURUS KEM BINA NEGARA SAMPADI

Sekretariat Permuafakatan Siswa/I FELDA (PERSADA) UNIMAS telah mengadakan program Kursus Kepimpinan PERSADA UNIMAS (KKPU) 2012 pada 10 hingga 12 April 2012 di Kem Bina Negara Sampadi. Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta daripada Generasi FELDA dan 25 orang lagi daripada bukan    Generasi FELDA menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah 65 orang. Kesemua peserta merupakan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 

TEKUN......
 Objektif program ini dijalankan adalah untuk melahirkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Selain itu, program ini juga menggilap kemahiran insaniah pelajar dari segi pengetahuan, komunikasi, dan sosial disamping menjadikan pelajar mampu memberikan daya saing serta mencapai profesionalisme yang tinggi.



Kesemua peserta selamat sampai ke Kem Bina Negara Sampadi pada jam 11.30 pagi dan program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh En Syafie selaku Pengurus Kem Bina Negara Sampadi. Setelah selesai taklimat yang serba ringkas oleh pihak kem, aktiviti pertama yang telah dijalankan ialah "Pecah Ruyung" di mana para peserta dikehendaki melukis wajah mereka menggunakan tangan yang tidak biasa digunakan. Seterusnya gambar tersebut dilekatkan pada belakang badan setiap peserta yang lain dan mereka dikehendaki mencari semula gambar asal mereka Pada waktu ini, jelas kelihatan gelagat para peserta yang agak lucu dan mencuit hati dimana mereka berebut-rebut mencari gambar asal yang telah dilukiskan.
CANTIK X SAYA??
SAMA X MACAM SAYA?? 
GADIS MELAYU...






Selepas Solat Zohor aktiviti diteruskan dengan berteraskan Modul Komunikasi. Para peserta diminta untuk melukis berdasarkan arahan yang telah diberikan kepada peserta di hadapan. Pada masa yang sama mulut mereka telah di tampal dengan "masking tape". Peserta kedua harus melukiskan apa yang telah dilukis oleh peserta pertama & pergerakan ini diteruskan sehingga peserta yang terakhir. Kesian melihat wajah mereka kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan namun terbatas dek kerana "MASKING TAPE". ^_^
MANA GAMBAR AKU!!!!!!!!!!!

MACAM BERATUR NAK MASUK KELAS WAKTU SEKOLAH RENDAH DULU

GATAL LA PIPI SAYA...


SAYA BISU!!!!

KIRI.. KANAN.. KIRI... KANAN...

DIA MENARI KE TU??

ISHHHH BUAYA KE APE YERK MEMBER AKU LUKIS TADI

WAH AYAM KE APE NI?? HEHEHEHE

HANYA MAMPU TERSENYUM

APA YANG SAYA LUKIS NI???

UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SELANJUTNYA SILA KLIK ALBUM DI BAWAH INI :-
ALBUM 4


"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh orang terhadap kesilapan mereka"

Rabu, 18 April 2012

RUMAH ANAK YATIM KENA SERBU???


Sesi bersama kanak-kanak yang meriah...
        Suasana pagi yang tenang telah dikejutkan dengan kehadiran 60 orang peserta menyerbu masuk ke dalam perkarangan Kompleks Kebajikan Laila Taib, Sarawak. Keadaan bertambah riuh rendah apabila adik-adik di kompleks tersebut agak terkejut dengan kehadiran peserta-peserta Program Kembara PERSADA Prihatin yang tidak tahu akan kedatangan kami pada hari tersebut.     Program pada hari tersebut telah dimulakan dengan pembahagian para peserta kepada 4 kumpulan utama yang terdiri daripada rakan pengajar, gotong-royong mengemas serta menghias dewan utama dan makan, masakan serta gotong-royong menyediakan sebuah perpustakaan di kompleks tersebut.

Saya suke!!!!

Bagi kumpulan yang telah ditanggungjawabkan sebagai rakan pengajar telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator kepada anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib. Setiap peserta yang menjadi rakan pengajar akan mengajar subjek matapelajaran di sekolah dan juga akan mengajar taranum serta cara-cara ibadah kepada kanak-kanak yang masih bersekolah rendah.


      Peserta yang telah dibahagikan kepada kumpulan yang bergotong-royong pula bertanggungjawab untuk  memindahkan peralatan dan semua buku ke perpustakaan baru yang telah dibina. Kebanyakannya, para peserta lelaki sahaja yang terlibat dalan gotong-royong perpustakaan yang memerlukan banyak tenaga untuk menyiapkan perpustakaan tersebut.

Lena adik ni kat pangkuan akak ^_^

 

Beberapa orang peserta yang lain pula membantu dalam menyediakan menu makan tengah hari. Menu yang telah berjaya disediakan ialah nasi putih, ikan bawal masak merah, ayam pansuh, rebung masak lemak, ulam-ulaman, sambal belacan dan pencuci mulut.    


Azan.....

Pandai adik2 ni mengaji

Hebat abg ni masak "Ayam Pansoh"

Majlis penutup....
 Majlis penutup pada hari tersebut  telah disempurnakan oleh Encik Nor Hisyam Bin Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak yang juga merupakan Penasihat Sekretariat PERSADA UNIMAS. Beliau sempat memberikan sedikit ucapan dan nasihat terutamanya kepada adik-adik yang telah kehilangan ibu bapa tentang kepentingan menuntut ilmu bagi menjadikan kita sebagai seorang insan yang berguna. Beliau juga berharap agar adik-adik tidak lupa akan tempat yang membesarkan mereka iaitu Kompleks Kebajikan Laila Taib tersebut & mengharapkan mereka akan pulang melawat apabila telah berjaya suatu hari nanti........
InsyaAllah ^_^



Terima Kasih semua!!!!


UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SELANJUTNYA SILA KLIK ALBUM DI BAWAH INI :-
ALBUM 1
ALBUM 2

"Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"

Ahad, 1 April 2012

KURSUS KEPIMPINAN CETUSAN PERSADA PROFESIONAL

Assalammualaikum W.B.T
Program datang lagi!!!!!

Kebiasaannya kita selalu sertai program yang bersuka ria je kan... Apa kata kali ni kita join program yang dapat membina kepimpinan dan fasilitator.
Masa tu baru kita dapat tahu sejauh mana tahap kepimpinan dalam diri kita kan.

Pertama sekali nak cakap yang program kita lakukan ini bukan dikelolakan oleh Biro Tata Negara. Kita hanya menggunakan tempat mereka dan program ini akan dikelolakan oleh pihak Sekretariat PERSADA UNIMAS sendiri.
Untuk makluman, program ini diwajibkan kepada semua Gen-FELDA yang belajar di UNIMAS (WAJIB) dan sekiranya pelajar tahun 2 dan ke atas hendak sertai adalah digalakkan.

Maklumat program adalah seperti berikut :-

     PROGRAM :- KURSUS KEPIMPINAN SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS
                            ''CETUSAN PERSADA PROFESIONAL"
     TARIKH      :- 10 - 12 APRIL 2012
     TEMPAT     :- KEM BIRO TATA NEGARA SAMPADI, SARAWAK.

Besarlah harapan kami untuk memberi & mencurahkan ilmu pengetahuan kami kepada anada semua terutamanya kepada pelajar yang wajib hadir iaitu pelajar tahun 1.

Kepada semua pelajar yang akan menyertai program tersebut sila isi borang yang disediakan di bawah ini.

Mohon sebarkan kepada rakan2 lain yang mungkin mempunyai kekangan untuk mengetahui maklumat program ini. Sila sebarkan...

Sekian terima kasih.

"Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...