SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS: PROGRAM KEM ANAK MUDA GENERASI BARU FELDA (KEMUDA) SIRI KE-6

Isnin, 28 Mei 2012

PROGRAM KEM ANAK MUDA GENERASI BARU FELDA (KEMUDA) SIRI KE-6


Pada 25-27 Mei 2012 Sekretariat Permuafakatan Siswa/I FELDA (PERSADA) telah menyertai program KEMUDA di ONE HOTEL SANTUBONG, SARAWAK. Program ini telah dianjurkan oleh FELDA dan usahasama daripada INMIND CONSULTANT serta kerjasama daripada Sekretariat Permuafakan Siswa/I FELDA (PERSADA) UNIMAS. Program ini merupakan siri yang ke- 6 dan PERSADA UNIMAS  telah dipilih sebagai peserta untuk menjayakan program yang telah diaturkan oleh pihak FELDA untuk generasi baru FELDA.

Program ini berobjektifkan  untuk melahirkan belia yang jelas tentang sejarah dan kepentingan penerusan masa hadapan bersama FELDA. Selain itu untuk membina belia yang jelas tentang sejarah pembinaan Negara bangsa melalui gagasan 1 Malaysia.
Program ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada ahli PERSADA dan kali ini PERSADA UNIMAS telah membuka peluang kepada mahasiswa UNIMAS yang lain untuk turut serta dalam program ini. Seramai 133 mahasiswa UNIMAS telah mengambil bahagian dalam program kali ini dan ini telah mnunjukkan bahawa mereka begitu meminati dan ingin mengambil tahu berkenaan dengan PERSADA dan FELDA khususnya. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Faizoull Bin Ahmad yang merupakan Timbalan Pengarah Besar pembangun komuniti FELDA.



Dapatan  daripada perlaksanaan program ini mampu menjadi wadah untuk mahasiswa FELDA berinteraksi bagi menyalurkan suara mereka kepada pihak universiti, kerajaan dan FELDA  demi menjaga kebajikan masyarakat FELDA. Disamping itu untuk menyediakan aktivit-aktiviti kemahasiswaan bagi mengembangkan bakat kepimpinan serta mendedahkan diri dengan perkembangan semasa negara bagi melahirkan mahasiswa FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketerampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di tanah rancangan untuk  membangunkan FELDA.  Dalam ucapan aluan penutupan program,  Saudara Rozairi Ismail yang juga merupakan Presiden PERSADA UNIMAS berharap agar program-program seperti ini akan terus diadakan pada masa –masa akan datang.









SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MELIHAT ALBUM SETERUSNYA :-


"YANG MENJADI KEPALA PEMERINTAH IALAH KEBENARAN & YANG MENJADI HAKIM YANG PALING BERKUASA IALAH KEADILAN"



Comments
0 Comments

0 KOMEN:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...