SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS: Mei 2012

Isnin, 28 Mei 2012

PROGRAM KEM ANAK MUDA GENERASI BARU FELDA (KEMUDA) SIRI KE-6


Pada 25-27 Mei 2012 Sekretariat Permuafakatan Siswa/I FELDA (PERSADA) telah menyertai program KEMUDA di ONE HOTEL SANTUBONG, SARAWAK. Program ini telah dianjurkan oleh FELDA dan usahasama daripada INMIND CONSULTANT serta kerjasama daripada Sekretariat Permuafakan Siswa/I FELDA (PERSADA) UNIMAS. Program ini merupakan siri yang ke- 6 dan PERSADA UNIMAS  telah dipilih sebagai peserta untuk menjayakan program yang telah diaturkan oleh pihak FELDA untuk generasi baru FELDA.

Program ini berobjektifkan  untuk melahirkan belia yang jelas tentang sejarah dan kepentingan penerusan masa hadapan bersama FELDA. Selain itu untuk membina belia yang jelas tentang sejarah pembinaan Negara bangsa melalui gagasan 1 Malaysia.
Program ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada ahli PERSADA dan kali ini PERSADA UNIMAS telah membuka peluang kepada mahasiswa UNIMAS yang lain untuk turut serta dalam program ini. Seramai 133 mahasiswa UNIMAS telah mengambil bahagian dalam program kali ini dan ini telah mnunjukkan bahawa mereka begitu meminati dan ingin mengambil tahu berkenaan dengan PERSADA dan FELDA khususnya. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Faizoull Bin Ahmad yang merupakan Timbalan Pengarah Besar pembangun komuniti FELDA.



Dapatan  daripada perlaksanaan program ini mampu menjadi wadah untuk mahasiswa FELDA berinteraksi bagi menyalurkan suara mereka kepada pihak universiti, kerajaan dan FELDA  demi menjaga kebajikan masyarakat FELDA. Disamping itu untuk menyediakan aktivit-aktiviti kemahasiswaan bagi mengembangkan bakat kepimpinan serta mendedahkan diri dengan perkembangan semasa negara bagi melahirkan mahasiswa FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketerampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di tanah rancangan untuk  membangunkan FELDA.  Dalam ucapan aluan penutupan program,  Saudara Rozairi Ismail yang juga merupakan Presiden PERSADA UNIMAS berharap agar program-program seperti ini akan terus diadakan pada masa –masa akan datang.









SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MELIHAT ALBUM SETERUSNYA :-


"YANG MENJADI KEPALA PEMERINTAH IALAH KEBENARAN & YANG MENJADI HAKIM YANG PALING BERKUASA IALAH KEADILAN"



Sabtu, 19 Mei 2012

SENARAIJAYA PESERTA PROGRAM MELESTARIKAN MAHASISWA PERSADA @ DAMAI GOLF CLUB



Assalamualaikum W.B.T & Salam permuafakatan....
"SENARAIJAYA PESERTA PROGRAM MELESTARIKAN MAHASISWA PERSADA"

Tahniah diucapkan kepada nama-nama pelajar yang terpilih untuk menyertai program "Melestarikan Mahasiswa PERSADA". Kepada nama-nama yang terpilih, anda diminta untuk hadir ke perjumpaan yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-

                                   TARIKH   : 21 MEI 2012
                                   HARI        : ISNIN
                                   MASA      : 08.10 P.M
                                   TEMPAT  : RUANG LEGAR, BILIK MPP

## Kepada yang tidak dapat menyertai dan ingin menarik diri sila maklumkan secepat mungkin untuk memberi peluang kepada rakan-rakan anda yang berminat untuk sertai program ini.

## Kepada yang tidak terpilih, anda masih berpeluang untuk menyertai program ini sekiranya terdapat rakan-rakan anda yang terpilih menarik diri.

## Sila maklumkan perkara ini kepada semua rakan-rakan anda yang mempunyai kekangan untuk melayari internet pada waktu ini. Sila sebarkan dengan mengklik butang share diatas.

## Sebarang pertanyaan & makluman sila maklumkan kepada :-
                           Sdr. Rozairi :- 013-2129848
                           Sdr. Firdaus :- 014-5166984

KLIK DI SINI

Sekian,

Yang menjalankan tugas,

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. tetapi sering kali kita terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita"



Khamis, 3 Mei 2012

RALAT : TARIKH TERBARU PROGRAM MELESTARIKAN MAHASISWA PERSADA UNIMAS

Assalamualaikum W.B.T
RALAT!!
Sila ambil perhatian bahawa  Program Melestarikan Mahasiswa FELDA PERSADA UNIMAS telah ditukar ke tarikh yang baru merujuk kepada arahan Jabatan Inovasi & Pembangunan Generasi Baru FELDA

InsyaAllah, pihak SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS akan menganjurkan 2 program seperti di bawah ini....



1) Program Melestarikan Mahasiswa FELDA PERSADA UNIMAS akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-

                 TARIKH : 25 - 27 MEI  2012
                 HARI   : JUMAAT - AHAD
                 MASA   : 08.00 PAGI
                 TEMPAT : SANTUBONG GOLF CLUB




2) Program Bakti Siswa PERSADA UNIMAS akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-

                 TARIKH : 27 JUN - 5 JULAI 2012
                 HARI   : RABU - JUMAAT ( 9 HARI )
                 MASA   : 07.00 PAGI
                 TEMPAT : MIRI, BRUNEI, KOTA KINABALU, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,  TAWAU,
                                  FELDA UMAS - UMAS

Kepada yang ingin menyertai, sila isi borang yang telah disediakan di bawah ini.
Sila pastikan anda betul-betul ingin menyertai dan tidak akan menarik diri di saat akhir sebelum mengisi borang tersebut, bagi mengelakkan kekeliruan & urusan perjalanan program.

Kepada yang telah mengisi, sila hadir pada perjumpaan (WAJIB) yang akan diadakan mengikut pengumuman di "FACEBOOK SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS"
LINK FACEBOOK - FACEBOOK SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS

Sila sebarkan perkara ini kepada rakan-rakan PERSADA yang mungkin mempunyai kekangan waktu tidak dapat melayari internet.


#### - Untuk perhatian, bagi program No 2 Bakti Siswa di Sabah, penialaian peserta akan di buat oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS berdasarkan komitmen dan jasa yang banyak di berikan sepanjang tahun.



Untuk mendaftar sila klik pada link yang disediakan di bawah ini :-

1 ~ BORANG PRA-PENDAFTARAN PROGRAM MELESTARIKAN MAHASISWA FELDA

2 ~ BORANG PRA- PENDAFTARAN PROGRAM BAKTI SISWA PERSADA UNIMAS


Sekian, Terima Kasih.

~Yang menjalankan tugas~



"Amal yang paling disukai ALLAH adalah amal yang dilakukan secara terus menerus [konsisten] sekalipun sedikit" ^_*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...