SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS: RUMAH ANAK YATIM KENA SERBU???

Rabu, 18 April 2012

RUMAH ANAK YATIM KENA SERBU???


Sesi bersama kanak-kanak yang meriah...
        Suasana pagi yang tenang telah dikejutkan dengan kehadiran 60 orang peserta menyerbu masuk ke dalam perkarangan Kompleks Kebajikan Laila Taib, Sarawak. Keadaan bertambah riuh rendah apabila adik-adik di kompleks tersebut agak terkejut dengan kehadiran peserta-peserta Program Kembara PERSADA Prihatin yang tidak tahu akan kedatangan kami pada hari tersebut.     Program pada hari tersebut telah dimulakan dengan pembahagian para peserta kepada 4 kumpulan utama yang terdiri daripada rakan pengajar, gotong-royong mengemas serta menghias dewan utama dan makan, masakan serta gotong-royong menyediakan sebuah perpustakaan di kompleks tersebut.

Saya suke!!!!

Bagi kumpulan yang telah ditanggungjawabkan sebagai rakan pengajar telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator kepada anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib. Setiap peserta yang menjadi rakan pengajar akan mengajar subjek matapelajaran di sekolah dan juga akan mengajar taranum serta cara-cara ibadah kepada kanak-kanak yang masih bersekolah rendah.


      Peserta yang telah dibahagikan kepada kumpulan yang bergotong-royong pula bertanggungjawab untuk  memindahkan peralatan dan semua buku ke perpustakaan baru yang telah dibina. Kebanyakannya, para peserta lelaki sahaja yang terlibat dalan gotong-royong perpustakaan yang memerlukan banyak tenaga untuk menyiapkan perpustakaan tersebut.

Lena adik ni kat pangkuan akak ^_^

 

Beberapa orang peserta yang lain pula membantu dalam menyediakan menu makan tengah hari. Menu yang telah berjaya disediakan ialah nasi putih, ikan bawal masak merah, ayam pansuh, rebung masak lemak, ulam-ulaman, sambal belacan dan pencuci mulut.    


Azan.....

Pandai adik2 ni mengaji

Hebat abg ni masak "Ayam Pansoh"

Majlis penutup....
 Majlis penutup pada hari tersebut  telah disempurnakan oleh Encik Nor Hisyam Bin Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak yang juga merupakan Penasihat Sekretariat PERSADA UNIMAS. Beliau sempat memberikan sedikit ucapan dan nasihat terutamanya kepada adik-adik yang telah kehilangan ibu bapa tentang kepentingan menuntut ilmu bagi menjadikan kita sebagai seorang insan yang berguna. Beliau juga berharap agar adik-adik tidak lupa akan tempat yang membesarkan mereka iaitu Kompleks Kebajikan Laila Taib tersebut & mengharapkan mereka akan pulang melawat apabila telah berjaya suatu hari nanti........
InsyaAllah ^_^



Terima Kasih semua!!!!


UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SELANJUTNYA SILA KLIK ALBUM DI BAWAH INI :-
ALBUM 1
ALBUM 2

"Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"
Comments
0 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...