SEKRETARIAT PERSADA UNIMAS: Ayuh ramai2 ke "JORAN PERSADA UNIMAS 1 (JPU 1) 2011" "RAJA TASIK"

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ayuh ramai2 ke "JORAN PERSADA UNIMAS 1 (JPU 1) 2011" "RAJA TASIK"

Salam Perpaduan,

Joran PERSADA UNIMAS 1 (JPU 1 ) " RAJA TASIK" akan diadakan sempena Pesta Konvokesyen & Hari Terbuka UNIMAS. Terbuka kpd semua pelajar & masyarakat umum.
(Syarat2 pertndingan boleh dirujuk dibawah ini)

Ketetapan adalah spt berikut:-

Tarikh :- 22 Oktober 2011
Masa pendaftaran :- 7.30 Pagi
Tempat :- Tasik UNIMAS


*Hadiah2 menarik menanti anda iaitu :-

Tempat Pertama :- Sebuah motosikal + Trofi

Tempat kedua :- Sebuah I-Pad + Trofi

Tempat ketiga :- Set Home Teater + Trofi

Tempat ke-4 - 10 :- Sebuah Basikal + Hamper

Tempat ke-11-20 :- Kipas Meja + Hamper

Tempat ke-21-30 :- Hamper


*Tertakluk pada terma & syarat


*SYARAT2 PERTANDINGAN IALAH:-


1. Terbuka kepada semua pelajar universiti, staf dan masyarakat
umum.

2. Harga bayaran bagi setiap peserta ialah RM20.00 tunai (pendaftaran &
joran pertama) bagi setiap batang joran pertama. Bagi joran
tambahan seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 bagi
setiap satu joran tambahan tersebut. Hanya 2 batang joran
dibenarkan bagi setiap seorang peserta.

3. Hanya 2 mata kail pada setiap joran dibenarkan kepada setiap peserta

4. Hanya kaedah pancingan dasar dan penggunaan pelampung
dibenarkan. Teknik ‘casting’ tidak dibenarkan sama sekali. Umpan
bebas kecuali umpan tiruan, rapala dan organ haiwan.

5. Joran mestilah dilekatkan dengan pelekat pertandingan yang sah
sepanjang masa pertandingan berlangsung. Ikan yang ditangkap
dengan joran tanpa berpelekat yang sah tidak akan diterima untuk
bertanding.

6. Peserta yang ingin menukar joran jika joran itu mengalami kerosakan
atau patah harus memaklumkan kepada marshall untuk mendapatkan
pelekat baru dan pelekat lama akan ditanggalkan oleh marshall.

7. Setiap ikan yang berjaya dinaikan haruslah sampai di meja urusetia
dalam tempoh 15 minit sahaja. Sekiranya lewat, hasil tangkapan
tersebut terbatal.

8. Peserta diingatkan berhati-hati ketika memancing dan pihak penganjur
tidak bertanggugjawab terhadap keselamatan peserta.

9. Peserta boleh membuat bantahan rasmi jika ada peserta lain
melanggar peraturan sebelum pertandingan tamat dengan wang
cagaran RM200 dan tidak dikembalikan. Waktu bantahan ialah pada
jam 1.30 petang hingga 2.00 petang.

10. Ikan yang tidak ditimbang selepas panggilan akhir tamat (2.00 p.m)
tidak akan diadili dan tidak layak untuk bertanding. Siren akan
dibunyikan sebanyak 2 kali sebagai menandakan tamat masa
bertanding.

11. Semua spesies ikan di tasik ini layak bertanding. Spesies belut dan
reptilia lain (kura-kura, labi-labi & sebagainya) tidak layak
dipertandingkan.

12. Pemenang ditentukan berdasarkan tangkapan ikan terberat sahaja.
Hakim berhak menolak tangkapan yang meragukan dan keputusan
adalah muktamad.

13. Pihak penganjur berhak memberhentikan, meminda tarikh dan
tempat pertandingan jika membabitkan masalah cuaca dan
keselamatan.

14. Setiap peserta hanya berhak menerima 1 hadiah sahaja.

15. Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membatalkan penyertaan setelah mendaftar.



Jadi marilah kita bersama2 memeriahkan Tasik UNIMAS tercinta ini...ayuh dtg ramai2....



*Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
TAUFIQ - 013-7949407
FEKRI - 017-7525845

@ hantar mesej ke inbox FB Sekretariat PERSADA UNIMAS


P/s = Sila update dgn event ini sekiranya ada perubahan & info2 terkini

Sekian, Terima Kasih.




Comments
0 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...