Sabtu, 29 Oktober 2011
Rabu, 26 Oktober 2011
JORAN PERSADA UNIMAS 1 (JPU 1) SELESAI......
Program Joran PERSADA UNIMAS (JPU1) “RAJA TASIK” ini merupakan program yang diadakan buat pertama kalinya bersempena dengan Majlis Konvokesyen dan “UNIMAS Open Day”.
Ia dilaksanakan pada 22 Okteber 2011 bertempat di Tasik UNIMAS Kampus Barat. Program ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Permuafakatan Siswa/I FELDA (PERSADA) UNIMAS dengan kerjasama daripada FELDA, Seranta FELDA, Azman Global Holding dan juga Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PERSADA kepada warga UNIMAS serta masyarakat umum di Sarawak khususnya. Seramai 89 ahli jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menjayakan program tersebut. Sebagai persiapan program tesebut beberapa langkah awal telah dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa untuk melancarkan program tersebut.
Alhamdullilah, program Joran PERSADA UNIMAS 1 kita telah berjaya menarik minat 1001 org peserta utk menyertainya & berjalan dgn lancar serta mendapat perhatian bnyak pihak.
Tahniah diatas penyertaan & sokongan yg diberikan kpda semua peserta JPU 1. Bagi yg berjaya itu tuah anda, bg yg tidak pula mungkin rezeki tidak berpihak pda anda. Kami memohon segala cdngan & pndngan berkaitan JPU 1 ini agar kmi dpt memperbaiki segala kelemahan di edisi JPU 2 nnti. InsyaAllah ;-)
Thanks 2 all team JPU 1 yg bnyk berpenat lelah & mmberi kerjasama. Tanpa anda siapalah kami di Sekretariat Persada Unimas ini.
Sekali lg terima kasih diucapkan kpda semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak... Jumpa lagi di JPU 2...
Selasa, 18 Oktober 2011
DEMAM PESTA KONVOKESYEN MAKIN DIRASAI...
Dalam masa tidak sampai 24 jam lagi, PESTA KONVOKESYEN KRISTAL UNIMAS 2011 akan bermula. Persiapan dari pelbagai aspek sedang rancak dilakukan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Kampus barat yang dulunya hanya dipenuhi oleh pelajar UNIMAS akn dibanjiri oleh semua masyarakat yang berada di sekitar UNIMAS ini & tidak mustahil akan dibanjiri oleh lapisan masyarakat di Sarawak malahan tanah air semenanjung. Pelbagai aktiviti menarik yang menguji daya kretiviti, ketahanan mental & fizikal serta keintelektualan akan disediakan :-

KEMBARA PROMOSI
17 SEPTEMBER - 18 OKTOBER 2011
KOTA SAMARAHAN & KUCHING
FUN FAIR!!
19 - 23 OKTOBER 2011
PARKING FAKULTI KEJURUTERAAN
05:00 PM - 12:00 AM
CAREER FAIR
20 - 23 OKTOBER 2011
ARAS G, PUSAT KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
10:00 AM - 04:30 PM
88@PANTUN.UNIMAS.MY
20 - 23 OKTOBER 2011
BILIK AKTIVITI, ARAS G, BHEP
24 JAM!!
FORUM PERDANA KONVO
20 OKTOBER 2011
PENTAS UTAMA, DATARAN CANSELORI
08:00 - 11:00 PM
22 OKTOBER 2011
TASIK UNIMAS
07:30 AM - 04:00 PM
MASTER CHEFF@UNIMAS
22 OKTOBER 2011
RUANG LEGAR, ARAS G-BHEP
09:00 AM - 02:00 PM
AUTOSHOW @ CONVO
22 OKTOBER 2011
DATARAN CANSELORI
09:00 AM - 06:00 PM
XTREAM INTEGRITY CHALLENGE
22 - 23 OKTOBER 2011
'PARKING' FSTS - GO KART
'PARKING' FSKTM - 'PAINTBALL'
BILIK MPP - 'LASER TAG'
09:00 AM - 05:00PM
KONSERT SCREAM!!
23 OKTOBER 2011
PENTAS UTAMA,
DATARAN CANSELORI
08: 00 PM - 12:00 AM
Isnin, 17 Oktober 2011
PENDAFTARAN JORAN PERSADA UNIMAS 1 (JPU 1)
Salam perpaduan,,
bagi sesiapa yg ingin mendaftar utk pertandingan memancing, sprti biasa
kaunter pndaftaran akan dibuka sepanjang mngu ini sehingga pagi
pertandingan berdsrkan ketetapan berikut :-
HARI :- ISNIN-JUMAAT
TARIKH :- 17 & 21 Oktober 2011
MASA :- 10.00 PAGI - 06.00 PTG
TEMPAT :- LEVEL 2, BILIK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
Ayuh mndftar ramai2, hadiah lumayan spt motor, I-Pad & home theater menanti anda semua.. Terima Kasih...
Tlng sebarkan ;-)
Klik link dibawah utk melihat syarat2 pertndingan & hadiah ;-)
http://www.facebook.com/event.php?eid=153930398034047
Ahad, 16 Oktober 2011
Fikirkanlah kenapa.....
Kami (lelaki) punya tubuh yang kuat, namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami. Sesungguhnya Hawa, kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami. Tidakkah kau (hawa) terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas di medan perang, jinak bila berada di pangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa...
gambar + huraian = tersurat dan tersirat
Sabtu, 15 Oktober 2011
Ayuh ramai2 ke "JORAN PERSADA UNIMAS 1 (JPU 1) 2011" "RAJA TASIK"
Salam Perpaduan,
Joran PERSADA UNIMAS 1 (JPU 1 ) " RAJA TASIK" akan diadakan sempena Pesta Konvokesyen & Hari Terbuka UNIMAS. Terbuka kpd semua pelajar & masyarakat umum.
(Syarat2 pertndingan boleh dirujuk dibawah ini)
Ketetapan adalah spt berikut:-
Tarikh :- 22 Oktober 2011
Masa pendaftaran :- 7.30 Pagi
Tempat :- Tasik UNIMAS
*Hadiah2 menarik menanti anda iaitu :-
Tempat Pertama :- Sebuah motosikal + Trofi
Tempat kedua :- Sebuah I-Pad + Trofi
Tempat ketiga :- Set Home Teater + Trofi
Tempat ke-4 - 10 :- Sebuah Basikal + Hamper
Tempat ke-11-20 :- Kipas Meja + Hamper
Tempat ke-21-30 :- Hamper
*Tertakluk pada terma & syarat
*SYARAT2 PERTANDINGAN IALAH:-
1. Terbuka kepada semua pelajar universiti, staf dan masyarakat
umum.
2. Harga bayaran bagi setiap peserta ialah RM20.00 tunai (pendaftaran &
joran pertama) bagi setiap batang joran pertama. Bagi joran
tambahan seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 bagi
setiap satu joran tambahan tersebut. Hanya 2 batang joran
dibenarkan bagi setiap seorang peserta.
3. Hanya 2 mata kail pada setiap joran dibenarkan kepada setiap peserta
4. Hanya kaedah pancingan dasar dan penggunaan pelampung
dibenarkan. Teknik ‘casting’ tidak dibenarkan sama sekali. Umpan
bebas kecuali umpan tiruan, rapala dan organ haiwan.
5. Joran mestilah dilekatkan dengan pelekat pertandingan yang sah
sepanjang masa pertandingan berlangsung. Ikan yang ditangkap
dengan joran tanpa berpelekat yang sah tidak akan diterima untuk
bertanding.
6. Peserta yang ingin menukar joran jika joran itu mengalami kerosakan
atau patah harus memaklumkan kepada marshall untuk mendapatkan
pelekat baru dan pelekat lama akan ditanggalkan oleh marshall.
7. Setiap ikan yang berjaya dinaikan haruslah sampai di meja urusetia
dalam tempoh 15 minit sahaja. Sekiranya lewat, hasil tangkapan
tersebut terbatal.
8. Peserta diingatkan berhati-hati ketika memancing dan pihak penganjur
tidak bertanggugjawab terhadap keselamatan peserta.
9. Peserta boleh membuat bantahan rasmi jika ada peserta lain
melanggar peraturan sebelum pertandingan tamat dengan wang
cagaran RM200 dan tidak dikembalikan. Waktu bantahan ialah pada
jam 1.30 petang hingga 2.00 petang.
10. Ikan yang tidak ditimbang selepas panggilan akhir tamat (2.00 p.m)
tidak akan diadili dan tidak layak untuk bertanding. Siren akan
dibunyikan sebanyak 2 kali sebagai menandakan tamat masa
bertanding.
11. Semua spesies ikan di tasik ini layak bertanding. Spesies belut dan
reptilia lain (kura-kura, labi-labi & sebagainya) tidak layak
dipertandingkan.
12. Pemenang ditentukan berdasarkan tangkapan ikan terberat sahaja.
Hakim berhak menolak tangkapan yang meragukan dan keputusan
adalah muktamad.
13. Pihak penganjur berhak memberhentikan, meminda tarikh dan
tempat pertandingan jika membabitkan masalah cuaca dan
keselamatan.
14. Setiap peserta hanya berhak menerima 1 hadiah sahaja.
15. Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membatalkan penyertaan setelah mendaftar.
Jadi marilah kita bersama2 memeriahkan Tasik UNIMAS tercinta ini...ayuh dtg ramai2....
*Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
TAUFIQ - 013-7949407
FEKRI - 017-7525845
@ hantar mesej ke inbox FB Sekretariat PERSADA UNIMAS
P/s = Sila update dgn event ini sekiranya ada perubahan & info2 terkini
Sekian, Terima Kasih.

Langgan:
Catatan (Atom)