Seawal jam 7.30 pagi lagi, ahli-ahli Sekretariat PERSADA UNIMAS telah berkumpul di Bangunan Hal- Ehwal Pelajar UNIMAS dan bertolak pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki 2 buah bas. Perjalanan ke Pantai Puteri mengambil masa selama 45 minit. Seramai 100 orang ahli PERSADA UNIMAS telah menyertai program Hari Keluarga ini.
Aktiviti terpaksa dimulakan pada jam 10.00 pagi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Program dimulakan dengan acara sukaneka. Antaranya, aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka seperti membawa bola pingpong menggunakan sudu, baling belon yang berisi air dan telur, larian kingkong, tiup belon sampai pecah dan sebagainya.
Sukaneka diberhentikan seketika untuk menyambut kedatangan Datuk Azman bersama 30 ahli-ahli konvoi beliau. Selepas itu, acara khas turut diadakan dengan melibatkan tetamu khas Datuk Azman dan ahli-ahli konvoi "Kuching Samarahan Bikers Club" beliau iaitu dalam acara membawa bola pingpong menggunakan sudu.
Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan bacaan doa, kemudian disusuli dengan ucapan daripada Datuk Azman. Hadiah diberikan kepada setiap kumpulan dan disampaikan oleh Datuk Azman sendiri. Majlis diakihiri dengan jamuan makan tengahari dan diikuti dengan sesi bergambar. Setelah berkemas, kami bertolak pulang ke UNIMAS pada jam 4.00 petang.
Terima kasih buat semua.. Anda memang "sporting" habis la geng :-)
UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SELANJUTNYA SILA KLIK ALBUM DI BAWAH INI :-
~ ALBUM 1
~ ALBUM 2